Sunday, July 19, 2009

LENTERA ILMU



Ilmu ibarat cahaya
akal terpimpin menerokai dunia
budi terarah mendepani jagatraya
Ilmu ibarat cahaya
kegelapan lenyap sinar mewarnai minda
kejahilan lenyap adab menghiasi jiwa
Ilmu ibarat cahaya
kecerahan memutik seindah pawana
keilmuwan berputik seluas samudera
Ilmu ibarat cahaya
ketauhidan terbina lurus menjejaki Syurga
ketaqwaan tercitra gah mengharungi pancaroba

Hafiz Fandani
8 Disember 2001
Khazanah Fandaniyah
Kedah Darul Aman.

2 comments:

  1. salamu'alaykum..
    wah! puitisnye..
    =)
    truskn brkarya..
    pnghayatan ku akan ku tumpukn dr bait-bait karyamu..

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. Alfu syukran 'ala kullih. mampir selalu bertamu di rimbunanrindu..:-)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails