Hidup
Dari suatu sisi
Memberikan daku petanda
Bahawa ia sesuatu yang indah dan terpesona
Sesekali dapatku rasakan bahawa kehidupan ini
Sesuatu yang menyesakkan
Sesuatu yang memberatkan
Dan sesuatu yang menimbulkan
Sejuta persoalan, 1001 permasalahan
Penting, hidup adalah suatu amanah
Buat insan dalam jejaknya menuju Tuhan
Fikirku, itulah namapun hidup
Masakan tidak ada cuba dan duga dari Tuhan
Namun, kehidupan itu sementara cuma
Meniti dan menelusuri perbatasan usia
Berputik dalam simfoni remaja
Berdetik dalam monolog di usia senja
Hanya yang berjaya mampu memiliki Syurga
Hafiz Fandani
Rabu
15 Julai 2009/ 21 Rejab 1430
Detik 10.34 malam
Kota Damansara.
Karamah Imam Nawawi
1 week ago
No comments:
Post a Comment