Sunday, July 19, 2009

BAHANA LIDAH




Lidah, awasilah bahananya
Bicaranya tidak seindah dikota
Madah berulit penuh berbisa
Manis di bibir bernanah di dada
Terpukau dek telinga tertawan dek jiwa
Akal menyisir penuh tipudaya
Merangkai bait-bait membuat angkara
Bisa membuat dua insan bersengketa
Bisa membuat keteguhan dua jiwa retak selama
Bisa membuat dunia jadi cacamerba
Masakan tidak kerana lidah badan binasa
Itulah bila bisikan syaitan durjana menjadi punca
Masakan tidak kerana lidah ramai terperuk ke Neraka

Hafiz Fandani
15 Jun 2002
Khazanah Fandaniyah
Kedah Darul Aman.

2 comments:

  1. salamu'alaykum..
    btl>3!
    kerna lidah bdn binasa..
    krna lidah amalan jd sia2..
    kerna lidah,jasad mampu dhantar ke neraka..
    adkala lbh baik diam dr ta dpt mnghalang diri dr brbcara yg sia2 dn bnda yg ta baik..
    btl ta?

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. Alfu syukran atas kunjungan. Sungguh bagai dikata. Cantik susunan ayat merangkai kata, menyulam makna.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails