Teman,
Ketahuilah bahawa;
Cinta ALLAH adalah cinta yang utama
Cinta ilmu adalah cinta yang setia
Cinta manusia adalah cinta yang beraneka
Teman,
Ingatilah bahawa;
Cintakan ALLAH mendapat kerahmatan
Cintakan ilmu mendapat jaminan
Cintakan manusia belum tentu menempa kebahagiaan
Teman,
Selamilah bahawa;
Cinta kepada ALLAH jiwa mendapat barakah
Cinta kepada ilmu akal terpimpin budi terarah
Cinta kepada manusia hati menjadi resah
Teman,
Fahamilah bahawa;
Cinta untuk ALLAH cinta dibalasi
Cinta untuk ilmu cinta dilestari
Cinta untuk manusia belum tentu bersatu hati
Namun teman,
Yakinilah bahawa;
Cinta yang muasalnya berpasakkan cinta ALLAH
mencari redha-Nya, pasti engkau akan bersua
dengan cinta Yang Hakiki – titian ke Destinasi Cinta Suci.
Hafiz Fandani
Sabtu – 26 Julai 2008
Detik 6.30 ptg
Guar Chempedak.

No comments:
Post a Comment