Saturday, October 31, 2009

SATU


Arahku satu, tujuku jua satu
Tiada dua, tiga atau seribu
Kerana tekadku padu, nekadku jitu
Azamku memburu, hakikatku menunggu
Meski ranjau bertalu, ribuan jejak dibatas waktu
Ku teruskan juga menyahut seru
Dalam rela-redha mendamba hakikat yang SATU.

Ratib Mursyidi
27 Oktober 2009
8 Zulkaedah 1430
Selasa
Detik 9.04 malam.
Laman Hijjaz.

Wednesday, October 28, 2009

MAJLIS ILMU & PENGIJAZAHAN


Program bacaan Qawaid Aqaid (sebahagian dari Ihya' Ulumiddin karya Hujjatul Islam Imam Abu Hamid Al-Ghazali, dan pengijazahan Bacaan Al-Quran @ Dalail Khairat @ Doa Tok Kenali @ Hadith Musalsal Pegang Janggut @ kesemuanya sekali, tertakluk kepada keadaan - jika diizinkan. Pengajian dan pengijazahan akan disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Zaidi AbdulLah Al-Shah 'Alami, Pengasas - Penyelidik Akademi Ulum Pondok (Penulis buku Hikmah Al-Isyraqi: Dari Estetika Menuju Fizika).

Hari: Khamis (malam Jumaat)
Tarikh: 29 Oktober 2009/ 10 Zulkaedah 1430
Masa: Selepas Maghrib @ Isyak
Tempat: Ribat Parit Perupok, Muar, Johor.

Saturday, October 17, 2009

SEIA SEKATA


Dalam kata kita berdusta
Dalam setia kita berlaku dosa
Selamalah kita dalam dilema,
selagi bicara tak pernah sekata.
Laksanakan apa yang ditutur kata, sukarkah ia?
Berlaku setia dalam tiap masa dan ketika sesukarkah ia?

Hafiz Fandani
Sabtu
September 26 – 2009
Syawal 7 - 1430
Detik 5.55 petang
Anjung Rindu – Laman Hijjaz.

Monday, October 12, 2009

Thursday, October 8, 2009

TIKA MERINDUIMU

Ya Habibi Ya RasulalLah
Sungguh diri ini terpatri cintamu
rindu acap bertamu
merimbun padu di qalbu
tika aku sendiri menyendiri
terkenangkan peribadi tersangat murni.
Oh, indahnya detak rasa mensyahdu diri.

Ya Habibi Ya Musthafa
Engkau insan suci
darjatmu tinggi tersangat safi
cahaya rahsiamu memancar sani
serinya muasal makhluk terciptakan.
Seru kalammu memanduku daerah mulia
tamsil peribadimu menuntunku ke Syurga
damai jiwaku disapa nur kasihmu
saat diriku asyik menyebut namamu.
Sholla ‘alaika ya Habibi
Sholla ‘alaika ya Habibi
Sholla ‘alaika ya Habibi


Ratib Mursyidi
Di hening Jumaat
Detik 1.30 pagi
September 04/2009
Ramadhan 14/1430
Anjung Rindu.
Related Posts with Thumbnails