CINTA;
suatu kurnia Tuhan yang tiada tara
buat sekalian ciptaan-Nya
sudah diberi-Nya sejak azali lagi
penuh bersemarak cahayanya
meliputi setiap titik
memenuhi segenap ruang,
antara tujuh petala bumi dan langit
sarwa antara keduanya
mendapat seri limpahan-Nya
CINTA;
suatu kurnia Maha Pemurah Tuhan
yang perlu dijiwai bukan dicari
yang perlu dihargai bukan didambai
bermulalah cinta-mencintai dengan mencari erti
wadah hidup untuk memakna nurani
pasti kita akan mengenal diri
memurni akal fikri dan menjiwai budi
pasti akhirnya Tuhan akan anugerahkan cinta yang hakiki
nan abadi menuju Syurgawi.
Ratib Mursyidi
Khamis
23 Julai 2009/ 1 Sha’ban 1430
Detik 9.50 pagi
Kota Damansara.