Menarik tatkala menelaah pandangan
Sheikh Taha 'Abd al-Baqi Surur apabila beliau merespon kritikan Ibn Taimiyyah
yang menuduh Sheikh al-Akbar Muhyi al-Din Ibn 'Arabi sebagai seorang ahli
falsafah sufi yang mulhid. Bagi beliau, "Ibn Taimiyyah telah tersalah
langkah kerana beliau berpegang kepada nusus harfi keagamaan yang beliau ialah
pakar di dalamnya; dan [beliau juga berpegang kepada] lafaz-lafaz harfi, yang
beliau adalah ulamanya. Beliau tidak melepaskan akal dari belenggu tersebut;
serta tidak pula cuba menggunakan al-zhauq al-wujdani atau al-zhauq al-qalb
dalam memahami [hal tersebut]. Beliau ialah tokoh akal, dan bukannya tokoh
qalb; tokoh al-lafaz, bukannya tokoh al-ma'ani."
Keadaannya sama dengan pandangan sesetengah pihak hari ini, terutamanya pseudo Salafi yang sering menyalahkan pandangan dan pengamalan para Sufi yang muktabar; sedangkan pihak yang menyalahkan itu sedikit pun tidak memahami al-zhauq al-wujdani para Sufi kerana neraca penilaian mereka hanyalah akal yang sering dibelenggu bebal. Ia ibarat tikus menilai singa.
~ Hafiz Fandani/998-1404.

Iqbal Ihsan Assalamualaikum, saya mohon pandangan. Apa pendapat tuan tentang
pendapat-pendapat yang mengatakan kitab Fusus al-Hikam bukanlah sepenuhnya asli
tulisan Shaykh Ibn al-'Arabi, tapi ditokok tambah oleh musuh-musuh beliau?
(Suatu perkara menarik, menurut satu surat Shaykh Ibn Taymiyyah seperti
yang disampaikan dalam satu makalah Dr Gibril Haddad, Shaykh Ibn Taymiyyah
mengagumi Shaykh Ibn al-'Arabi melalui kitab Futuhat, tetapi mula menghentam
beliau setelah membaca kitab Fusus)
Hafiz Fandani Wa'alaikumussalam Tuan Iqbal Ihsan : Pada zaman Imam 'Abd Wahab
al-Sya'rani misalnya sudah ada pencerobohan terhadap karya-karya Sheikh
al-Akbar Sultan al-'Arifin Ibn 'Arabi ini. Kitab-kitab Sheikh Ibn 'Arabi seperti
Fusus al-Hikam dal al-Futuhat telah diceroboh dengan dimasukkan
tambahan-tambahan yang tidak ada pada naskhah asal yang mana tambahan-tambahan
itu mempunyai unsur-unsur penyelewengan akidah Ahli Sunnah wal Jama‘ah seperti
kefahaman al-hulul wa al-ittihad. Kenyataan ini pernah dinyatakan oleh al-Imam
‘Abd al-Wahhab al-Sya‘rani dalam kitabnya Lawaqih al-Anwar al-Qudsiyyah sewaktu
beliau meringkaskan kitab Futuhat al-Makkiyah. Bahkan, para ulama muktabar lain
seperti Ibn al-‘Imad al-Hanbali dan al-Haji Khalifah juga turut menyatakan
perihal yang sama. Ini bermakna perkara pencerobohan kitab-kitab Sheikh Ibn
'Arabi ini sudah sedia maklum pada sisi ulama.
Kita juga perlu tahu bahawa, dalam kes Sheikh Ibn 'Arabi ini, para ulama berselisih pendapat dan jelas berlaku khilaf dalam menentukan kedudukan Sheikh Ibn 'Arabi. Setidak-tidaknya ada tiga kelompok ulama dalam menilai kedudukan Sheikh Ibn 'Arabi, iaitu; Pertama - Golongan ulama yang mengambil pendirian menyokong dan membela pandangan-pandangan Sheikh al-Akbar seperti Imam al-Suyuthi sendiri dan Imam 'Abd Wahab al-Sya'rani. Keduanya – Golongan ulama yang yang mengkritik dan menyesatkannya, malah ada yang sampai mengkafirkan Sheikh Ibn ‘Arabi; ini seperti dinyatakan oleh Ibn Taimiyyah, dan lain-lain ulama. Dan ketiganya – Golongan ulama yang mengambil pendirian berdiam diri [tawaquf] tanpa memberikan sebarang hukum terhadap Sheikh Ibn ‘Arabi.
Menangani isu-isu seperti ini, khususnya berkaitan perihal para Sufi adalah baiknya kita mencontohi ulama seperti Sheikh ‘Izz al-Din ‘Abd al-Salam sebagai contohnya. Sheikh ‘Izz al-Din ‘Abd al-Salam direkodkan mempunyai dua pandangan tentang Sheikh Ibn ‘Arabi. Pertama, pandangan yang negatif dan kedua pandangan yang positif. Perubahan sikap ini ada kaitan dengan perubahan sikap beliau setelah bergaul dan melihat sendiri pengamalan serta pengalaman para sufi. Hal ini telah dinyatakan oleh Sheikh Ibn ‘Ata’ Allah al-Sakandari dalam kitabnya Lata’if al-Minan bahawa Sheikh ‘Izz al-Din ‘Abd al-Salam pada awalnya bersikap seperti sikap para fuqaha lain yang cepat mengingkari para sufi. Kemudian, selepas beliau berkawan dengan Sheikh Abu al-Hasan al-Syazili, sikapnya mula berubah terhadap para sufi dan beliau pula selalu menghadiri majlis-majlis ahli sufi. Artikel membela Sheikh al-Akbar Sultan al-‘Arifin Ibn ‘Arabi ini pernah saya tulis dalam akhbar Siasah sebanyak empat bahagian sebagai jawapan kepada fitnah penulis di akhbar Siasah yang menyesatkan Sheikh Ibn ‘Arabi dan mengaitkan beliau dengan fahaman liberalisme. Pembelaan ke atas Sheikh Ibn ‘Arabi juga pernah saya tulis dalam majalah al-I’tisam, terbitan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Ringkas kata, kesalahfahaman terhadap pemikiran Sheikh al-Akbar Sultan al-‘Arifin Ibn ‘Arabi ini adalah disebabkan oleh rata-rata pengkaji, khususnya pengkaji Barat tidak memahami bicara Sheikh Ibn ‘Arabi dalam konteks zhauq al-wujdani, dan ini menyebabkan ketirisan dalam memahami maksud sebenar yang hendak disampaikan. Malang pula, kesalahtafsiran pengkaji Barat ini pula dicedok mentah-mentah tanpa satu kajian yang teliti dan bersikap adil. Sedangkan, sewajarnya untuk memahami pemikiran Sheikh al-Akbar Ibn ‘Arabi perlulah melalui proses belajar daripada ulama yang mempunyai kepakaran dalam memahaminya sekali gus dapat melegitimasikan pemikiran Sheikh Ibn ‘Arabi yang tulen, dan bukannya yang sudah diceroboh. Ini pentingnya, penerusan keilmuan melalui proses bersanad bagi menjaga ketulenan pemikiran. Cuma dalam konteks zaman moden sekarang, sukar untuk dicari tokoh yang benar-benar memahami karya-karya Sheikh Ibn ‘Arabi hingga pemikiran beliau ada baiknya tidak dibicarakan jika khuatir mengundang fitnah. Oleh sebab itu, ilmu-ilmu dalam kategori sukar difahami ini dan tidak ada kepakaran dalam memahaminya ulama menasihati supaya meninggalkannya dan ilmu sebegini haram diajarkan kepada khalayak awam. Wassalam.

Hafiz Fandani http://rimbunanrindu.blogspot.com/. Faizzuddin Zai : Blog ini jarang dikemas
kini dan tidak banyak tulisan menarik. Wassalam.
rimbunanrindu.blogspot.com
Assalamualaikum, saya mohon pandangan kedudukan ibn arabi dalam pemikiran barat
ReplyDelete