>> Manusia
adalah ‘wujud’ atau ‘jauhar murakkab’ [tubuh berkomposisi] pada taraf ‘mumkin
al-maujud’. <<
Pernyataan di atas
ini lebih kepada kefahaman bahawa manusia [termasuk maujud atau maujudat –
segala yang ada] itu sememangnya satu entiti yang wujud atau ada; dalam erti
kata terzahir dalam konteks al-wujud atau kewujudan yang tercipta dan berada
pula pada taraf ‘mumkin al-maujud’ – ada yang mungkin atau ada yang
berkemungkinan. Oleh sebab itu, disebutkan bahawa manusia itu adalah wujud atau
dalam erti kata jauhar murakkab atau tubuh yang berkomposisi. Lafaz ‘mumkin
al-maujud’ itu pula adalah satu lafaz yang memahamkan kita tentang kemungkinan
ada atau wujud, dan tiadanya [maksudnya tiada ada atau wujud] itu yang saling
bertukar ganti atau pun dalam kefahaman yang lain; yakni daripada tiada kepada
ada dan daripada ada kepada tiada. Ini sememangnya begitu kerana, kedudukan
‘wujud’ atau pun ‘maujud’ yang wujud pada taraf ‘mumkin al-maujud’ itu baharu
sifatnya. Tentang faham hubungkait antara ‘al-wujud’, ‘al-maujud’ yang
‘al-mumkin’ itu, dan akhirnya akan mengabsahkan ‘wujud al-wajib’, eloklah kita
telaah pernyataan al-Jami dalam al-Durrah al-Fakhirah, seperti berikut :
“Sesungguhnya ada [al-wujud] itu
adalah satu kemestian. Jika tidak demikian, lazimlah ada [al-maujud] itu
terdiri daripada ‘ada yang berkemungkinan’ [al-mumkin]. [Jika ada terdiri
daripada ‘ada yang berkemungkinan’], maka lazimlah tidak didapati sesuatu pun
pada asalnya.
Sesungguhnya ‘ada yang
berkemungkinan’ [al-mumkin] adalah pelbagai, yang tidak memadai dengan wujudnya
pada dirinya sendiri. Pernyataan ini adalah terang nyata [yakni tidak perlu
dibahaskan lagi]. Dan al-mumkin tidak menjadikan bagi lainnya kerana martabat
menjadikan [martabat al-ijad] setelah martabat ada [martabat al-wujud]. Dan,
tatkala tidak wujud dan tidak menjadikan, tidak dengan zatnya dan tidak dengan
selainnya. Maka, sebab itu sabitlah terbukti Wujud al-Wajib [ada yang mesti
atau mesti ada].”
Nota :
Menurut klasifikasi Imam al-Sanusi, ada [al-wujud] sebagai sifat nafsiyyah adalah ‘sabit pada akal’ [thubut fi ‘aqli] yakni ‘amr I’tibari’ – tilikan akal. Akal – pada hakikatnya yang murni dan tulen – pastinya mensabitkan atau menetapkan ada [al-wujud] ini. Ini berdasarkan hukum ‘aqli. Imam al-Sanusi juga menemukan kita dengan penghujahan-penghujahan yang menetapkan istighna’ [kaya Allah Ta’ala daripada makhluk]. Dan iftiqar [keberhajatan makhluk kepada Yang Menjadikannya – yakni Allah Ta’ala]. Proses tilikan akal ini akan menemukan kita kepada satu kenyataan atau premis yang menatijahkan bahawa manusia itu [ini termasuk segala kawniyyat-maujudat] itu selamanya sebagai hamba Allah. Boleh rujuk sharah Umm al-Barahim, dan kitab-kitab usuluddin yang lain.

Sekadar perkongsian untuk manfaat
bersama. Allahu a’lam.
Hafiz Fandani/1404.
No comments:
Post a Comment