Tuesday, April 19, 2011

RINDUKU INI


Rinduku ini tidak pernah berpenghujung

tidak pernah sirna walau untuk seketika,

dan tidak pernah layu walau tanpa siraman air.

Rinduku untukmu hidup tanpa nafas,

segar tanpa udara, dan berkemilau tanpa cahaya.

Rinduku hanya teruntuk buatmu - kekasihku.

Selamanya. Sentiasa bernafas antara mati dan hidup.

Rinduku sentiasa bergelora padamu. Hawanya sejak muasal,

sudah mengalir dingin meraksi ke segenap jirim tubuhku.

Menjadi satu, menyatu dalam lorong hayatku. Betapapun kutunggu.

Rindu ini kubawa bersama kesetiaan hingga terzahirlah aku di sisimu.

~ Hafiz Fandani

Khamis

Detik 11.15 pagi

24 Februari 2011

Desa Mutiara.

1 comment:

  1. Sebuah nukilan yang menjentik sukma. Semoga hasrat dikabulkan dihujung penantian.InsyaAllah. Salam ulangtahun kelahiran..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails