skip to main |
skip to sidebar
Kicau si burung
hasratnya bukan berbuat kacau
jauh sekali untuk berbuat onar.
Ria kicaunya sering kita
serongkan maksud,
sedang ia berpagi-pagi
sampaikan salam ta’aruf
hulurkan inti ma’aruf.
Kicaunya bukan gangguan
ia adalah suatu pesan
sukar ditafsir bahasa insan
mudah difahami naluri keinsafan.
Sebelum tersingkap tabir hari
si burung sudah galak mengaut rezeki,
sedang kita masih diulit mimpi.
~ Hafiz Fandani
Khamis
Detik 8.00 pagi
7hb Oktober 2010
28 Syawal 1431
F-2/4 – Desa Mutiara.
No comments:
Post a Comment