Seribu langkah –
bulat tekad
padu qasad
satu arah.
Berpantang mengalah
disahut pada seru berhajat
tangkas menepis
bijak membalas.
Hebat gerak,
tari berbunga
perwira bangsa
kalimat berselirat
nazam terpendam
dalam makna,
terhimpun padu.
Setia satu –
sekata bersatu
mengecap rindu
memuncak di kalbu.
~ Hafiz Fandani ~
Isnin
2 November 2009
Zulkaedah 1430
Detik 3.57 pagi
Kota Damansara.
saya menggunakan sebahagian sajak tuan untuk dijadikan sebuah sajak khas untuk wira negara di sabah. ianya gabungan sajak saya dan sajak tuan. credit diberikan atas nama tuan dan saya. harap tidak menjadi kesalahan dan mendapat keizinan tuan. khoddri
ReplyDeleteadmin blog pnm