Tuesday, August 18, 2009

SEMARAK RINDU


Hatiku bergetar keranamu
Hatiku menghiba keranamu
Hatiku terpana keranamu
Tak terungkap kata meski hati bersemarak rindu
Terlalu indah saat namamu ku seru
Namamu saja sudah membuatkan diri terpegun
Basah bergenang takpun ku sedar
Bagaimana, jika sesosok dirimu berada di hadapanku?
Mahu malu menatap
Mahu malu mengadap
Mahu malu mendakap
Meski runtun hati sering mengharap
Maha Suci-Mu Ya ALLAH
Sungguh indah getar hati ini
Hadirnya acapku pinta
Perginya tak ku merelakan
Oh…sungguh dikau sebaik-baik kejadian
Maha Kuasa Tuhan yang menciptakan
Kekasih dambaan sekian makhluk terciptakan.

Ratib Mursyidi
Selasa
18 Ogos 2009/ 27 Shaaban 1430
Detik 4.44 petang
Kota Damansara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails