Karamah Imam Nawawi
1 week ago
Kasihku abadi hanya padamu Cintaku bersemi dalam pengabdianku Hakiki hanya padamu Kerana aku adalah milikmu
Dalam santun –
teguh langkah
pantang mengalah.
Tegar jiwanya
meskipun nyata bersahaja
dan, padu bicaranya.
Meskipun kata tersulam lembut
tersingkap segala hasrat,
memakna pada perbuat.
~ Hafiz Fandani
Selasa – 3.33 pagi
Disember 29/2009
Muharram 12/1431
Anjung Rindu – Laman Hijjaz.
Seribu langkah –
bulat tekad
padu qasad
satu arah.
Berpantang mengalah
disahut pada seru berhajat
tangkas menepis
bijak membalas.
Hebat gerak,
tari berbunga
perwira bangsa
kalimat berselirat
nazam terpendam
dalam makna,
terhimpun padu.
Setia satu –
sekata bersatu
mengecap rindu
memuncak di kalbu.
~ Hafiz Fandani ~
Isnin
2 November 2009
Zulkaedah 1430
Detik 3.57 pagi
Kota Damansara.