Terlerai kata membekas makna
terhimbau rasa meraksi jiwa
bercerai nyawa memuncak taqwa
berseri cahaya memurni Zat-Nya.
Wahai Tuhan!
karam aku dalam lautan cinta-Mu
terpana pada seri kurnia-Mu
rindu hatiku pada sentuhan-Mu
remuk terperukku tak tertanggung syahdu
manakan terdaya hidup begini kian berlalu
rindu!rindu!rindu
hatiku terlalu merindu!
tak termampu untukku ungkapkan kata rindu
kerana hati yang asyik merindu
sudah tak terzahir lagi kata pada bibir yang bisu
seungkap kata sudah menjadi segugus makna.
Wahai Tuhan!
Moga bererti kembaraku mendamba redha-Mu
seteguh iman para salik di jalan-Mu.
~ Hafiz Fandani ~
Disember 31/2009
Muharram 14/1431
Detik 2.12 pagi
Laman Hijjaz
Kota Damansara.

No comments:
Post a Comment