Monday, June 15, 2009

IBU DAN KITA

Kita & Ibu

Ketika berusia setahun, ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis di sepanjang malam.
• Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain, kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.
• Jika ibu masih ada, sayangilah dia. Jika telah meninggal dunia, ingatlah kasih dan sayangnya. Sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada seorang ibu.
• Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang, kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.
• Ketika usia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensel warna, kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.
• Di usia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.
• Setelah usia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit : “Tak nak! Tak nak!”
• Apabila berusia tujuh tahun, ibu belikan sebiji bola, kita ucapkan terima kasih dengan memecahkan cermin tingkap jiran.
• Menjelang usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim, kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.
• Ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.
• Di usia 10 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana saja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.
• Setelah berusia 11 tahun, ibu membawa menonton wayang, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan duduk di barisan berlainan bersama kawan-kawan.
• Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menunggu ibu alpa untuk mudah menonton televisyen.
• Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh kita pakai pakaian yang menutup aurat, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai pada zaman sekarang.
• Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama, kita ucapkan terima kasih dengan tidak menulis sepucuk surat pun.
• Di usia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman, kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.
• Setelah berusia 16 tahun, ibu mengajar memandu kereta, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan melanggar tembok.
• Apabila berusia 17 tahun, ketika ibu sedang menuggu panggilan penting, kita ucapkan terima kasih dengan bergayut di telefon sepanjang malam.
• Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke IPTA, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.
• Ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke bilik asrama, kita ucapkan terima kasih dengan hanya mengucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.
• Berusia 20 tahun, ibu bertanya samada kita ada teman istimewa, kita ucapkan terima kasih dengan berkata, “..... itu bukan urusan ibu.”
• Setelah berusia 21 tahun, ibu memberikan pandangan mengenai kerjaya, kita ucapkan terima kasih dengan berkata, “Saya tidak mahu menjadi seperti ibu.”
• Apabila berusia 22 – 23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita. Kita ucapkan terima kasih dengan berkata di belakang ibu kita, “Perabot pilihan ibu aku tak cantik, tak berkenan aku!” kepada kawan-kawannya.
• Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai rancangan masa depan, kita ucapkan terima kasih dengan menjeling dan merungut, “Ibuuu, tooooolonglahhhh…”
• Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memberitahu betapa dia sayangkan kita. Tetapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.
• Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita ucapkan terima kasih dengan bermegah, “… itu dulu, sekarang zaman moden.”
• Ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kenduri di kampung, kita ucapkan terima kasih dengan berkata, “Kami sibuk, tak ada masa nak datang.”
• Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita ucapkan terima kasih dengan bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.”
• Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal dunia! Khabar itu bagaikan petir halilintar....dalam linangan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu-persatu. Bagi yang masih mempunyai ibu dan juga ayah, hargailah mereka. Layanilah mereka dengan baik. Mudah-mudahan, berkat kebaikan mereka kita menempa Syurga. AMIN.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails